Wednesday, August 27, 2008

KENGKAWAN

ASSALAMUALAIKUM.......

Hmmm hari ini aku nak mengimbau kembali kenangan aku bersama sebahagian kengkawan aku.... dan ucapan penghargaan aku kat hempa semua...

Tapi yang aku sempat cerita kat sini sebahagian je, yang tak ada nama tu harap di ampun yaaa, hempa semua kengkawan aku walaupun tak tertaip kat sini tetapi telah terpahat di kalbu hati aku dan tak akan penah tepadam ........

Aku nak bercerita tentang kengkawan aku sejak tadika sampai ke alam pekerjaan....





Ok ni kawan aku sejak kecil, kawan sekampung aku, kawan sejak tadika dan sekolah rendah, nama dia Rosmaini bin Abdul Rased tapi aku panggil Mainie, sebelah dia isteri dia depa baru je kahwin,Dia kerja kat Perbadanan Putrajaya,




hmm orangnya baik,penyabar.....

dulu klu nak pergi tengok wayang mesti kami cukupkan korum kami 3 orang aku, dia dan zon.....tapi la ni dia dah kahwin maka aktiviti tahunan kami untuk sama-sama tgk wayang akan dibatalkan.... sedih sungguh...


Yang paling malang bila mak aku tau je di dah nak nikah apa lagi, terkeluarlah dari mulut mak aku " haaaa hang bila lagi nak nikah , kawan hang dah nak nikah" hmm aku pun jawab la " emm mak tolong la cari lepas tu hantaran, kenduri mak seponser" hehehehe


oklah Mainie, aku doakan hg berbahagia bersama isteri hang, dan cepat-cepat la dapat baby......



Seterusnya cerita tentang kawan aku masa sekolah menengah, tapi gambar kawan aku masa kat sekolah menengah tak ada la pulak tak pa aku cerita dah la, ok kawan aku masa sekolah menengah nama dia Mohd Fitri bin Hamid dia ni seorang pendiam, sekarang dia bekerja sebagai tentera (KAGAT) di Sarawak. "tak sangka tak padan pendek dapat jadi tentera"....



kami berkawan semasa sama-sama satu sekolah kat sekolah menengah pondok pak man (sek. Agama) , bila tingkatan dua dia berpindah ke sekolah pondok pak ya, maka terpisah la kami .



lepas PMR aku pulak pindah ke Sekolah Menengah Agama Sungai Limau, dalam seminggu aku pindah ke sekolah tu tetiba aku ternampak macam muka Fitri mai sekolah kami , pastu guru kelas aku bawa dia masuk ke kelas aku rupa-rupanya dia pun berpindah ke sekolah tu....hmmm memang jodoh la orang katakan..walaupun terpisah tapi terjumpa pula...




Lepas SPM aku sambung pengajian aku ke KISDAR sekarang ni dikenali KUIS, kat KUIS ni lah ramai aku jumpa kawan-kawan serata negeri... kat KUIS jugalah aku betul-betul mengenali kehidupan...





Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim, Wan chu nama panggilan dia (aku yang gelar nama Wan Chu tu) dia asal orang kelantan, la ni study kat Mesir tahun ke4 dah,

Mantan YDP MPP KUIS hmmm "walaupun kecik tapi YDP tuuu".... dia ni lah kawan yang terbaik aku pernah kenal , memahamai aku, tak pernah marah kat aku tapi bila dia lapar memang dia angin sikit......tau je bila aku ada masalah...



orangnya baik, berbudi bahasa, ramah dan lain-lain lagi lahhh Masa kat KUIS dulu kami satu bilik E303 dan G302 dan satu kelas sampai lah ke semester akhir.....

Tapi yang bangganya jasa bilik G302 telah melahirkan ramai pemimpin mahasiswa KUIS, mana tidaknya dua orang YDP MPP secara berturut-turut di pilih drp bilik tu, Pengerusi Persatuan Mahasiswa Pengajian Islam PMSPI (aku la tu hehehe) pun dipilih daripada bilik tu dan ada beberapa lagi penghuni G302 telah menjadi pemimpin penting KUIS..".Anap ko jgn jeles".. ahaks




Yang ini pula nama dia Mohd Azlie bin Zulkifli terkenal di kalangan kenkawan Mat Doli orang pertama aku jumpa masa kat KUIS, banyak sungguh jasa moto dia kat aku....dia asal orang parit buntaq kot tapi lama dok kat KL dia pun boleh la juga cakap Loghat Utara...

kami satu bilik sama juga dengan wanchu... orang dia tak berkira bab makan serah kat dia yang penting tiap kali pasar malam dia tak akan lepaskan waima pasar malam Bandar Baru Bangi ataupun pasar malam Bangi lama, emmm tau dak apa yang dia suka beli untuk kami satu bilik tak lain tak bukan rangka ayam goreng hehehehe "doli terima kasih la nohhhhh".......

Orangnya lawak laa juga, ramah tak kira sapa semua dia nak tegor, baik hati pasai selalu je bagi aku pinjam moto dia dan selalu bawa aku pergi Warta walaupun aku ni berat tapi dia sanggup juga bawa aku ..... tapi kesian la kat moto dia terpaksa bawa dua ekoq blue hypoo yang sangat berat emmm doli kesian kat moto hangkan....



Dia ni orang kuat aku juga, salah seorang Exco dana PMSPI sampai sekarang kami tetap berhubung walaupun dok jauh.....



Tapi fakta yang perlu dia akui ialah tiap kali aku jumpa dia ,berat dia mesti bertamah 10 kg. "wei doli tahun depan aku nak jumpa hang pulak aku mau berat hang mesti naik 10 kg ok"...



Yang tak boleh aku lupa dengan doli ni, hmmm time dia frust dengan seseorang , yang sedih tu dia reyau (menangis) emmm sabarla doli....





hmmm yang sebelah Mat doli tu nama dia Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif aku panggil anap je dia orang Negeri Sembila, la ni tengah study kat Jordan tak sangka dia boleh study kat Jordan hemmm

Dia ni juga seorang blogger yang terkenal huhuhu aku kenai dengan dia pun melalui Mat Doli...

Orang kuat aku juga, salah seorang Exco Mutimedia dan publisiti PMSPI, kemahiran dia memang la pakar komputer "sebab tu la aku lantik hang jadi Exco aku"... ahaks

Fakta yang perlu aku akui ialah dulu mula-mula study kat KUIS badan dia besar daripada aku, ntah apa yang dia makan lepas tu kurus, aku cuba juga tanya rahsia dia jadi kurus tapi dia tak bagi tau pun... hmmm la ni aku tengok badan dia dah mula nak membesar balik huhuhu....anap ko jgn makan banyak sangat...



Oklah aku doakan hang wahai anap selamat berjaya dan mencapai impian hg....terima kasih juga pasai hang bagi semangat kat aku untuk aku buka blog ni......




Yang ni Mohammad Raffi bin Abdullah aku panggil Mat Rapi anak orang kaya, pak dia ada 5 biji mesin padi 2 biji trektor dan lain-lain lagi.....dia ni orang kedah

lani dia tengah sambung wat Master Syariah kat UKM....

orang dia ketegaq penat kalu sembang dengan dia .... tapi aku ok je dengan dia .....

Masa kat KUIS kereta kancil dia la jadi pengankutan kami nak kemana-mana pun.... hmmm "mat rapi kancil hang tu banyak pengorbanan dia kat aku"...

hmmmm rasanya yang tu je aku sempat cerita tentang kenkawan aku masa kat KUIS




oklah aku nak cerita tentang kawan aku masa alam kerja pulak





Yang ni pula nama dia Amirul Ashraf bin Mohammed aku panggil mirol dan kadang-kadang nama panggilan yang lain....

Dia ni orang kedah tapi kerja kat Biro Bantuan Guaman Perlis hmm tiap-tiap hari berulang dari Alor Star - kangar, kangar - Alor Star....

Macamna aku mula berkawan dengan dia ntah tetiba je jadi best friend aku, aku mula kenal dengan dia bila kami kursus asas undang-undang kat Langkawi masa kursus tu tetiba pula dia sakit gigi, aku sebagai tuan rumah, bawa la dia pergi klinik gigi mungkin sejak tu la kot kami jadi best friend.....

la ni kawan yang aku selalu kuar melepak dengan dia je lah kengkawan yang lain jauh .....

aku dengan mirol ni antara kami tak ada rahsia, semua rahsia tentang dia aku tau, tapi rahsia aku tetap aku simpan hahahaha jgn marah noh mirol hang tetap sahabat korib aku....

oklah "walupun aku kenai hang baru setahun tapi aku selesa berkawan dengan hang seolah-olah aku dah berkawan dengan hang sejak kecik lagi".... terima kasih kerana hang sudi jadi best friend aku

mirol aku doakan hang berbahagia, gembira, diberi hidayah dan petunjuk untuk hang selesaikan apa yang hang belum selesaikan, aku tetap menyokong apa sahaja keputusan hang tapi kalau hang buat keputusan tak betoi aku SIEBAQ hang...





ok yang tenganga mulut tu nama dia Alias orang Pendang Kedah ,dia ni kawan serumah aku dan hari ini merupakan hari terakhir dia kat langkawi kerana dia akan bertukar ke AADK pendang...


lepas ni rumah aku akan sunyi sebabnya dah tak ada orang yang nak bertengkar dengan aku....

Dekat dua tahun kami dok satu rumah susah payah kami harungi bersama che wah....

dia ni cakap semua bab boleh mengalahkan lawyer, aku pun kalah kalu bertengkar dengan dia....

oklah "mat yeh aku doakan hang seronok la bekerja kat tempat hang sendiri" .....

so tinggallah aku seorang diri kat langkawi ni....

cuma aku tak leh lupa tentang mat yeh ni dia suka ugut nak bakaq salah sikit nak bakaq salah sikit nak bakaq hmmmm buka puasa tahun ni tak ada la kawan yang nak lawan makan dengan aku sedih laaaa....




yang ni Mohd Faizal bin Mat Desa nama panggilan dia macam-macam klu kat kampung orang panggil pezan, jan klu kengkawan dia pulak panggil Faizal,poyan dan yan....

dia ni seorang yang baik,ramah, tak berkira, penyabar, tak suka marah, cepat sensitif, dan lain-lain lagi la, dia ni lengkap dengan sikap positif dan negatif....

kerja kat Biro bantuan guaman langkawi.....

semau kengkawan yang telah di ceritakan tadi adalah kengkawan dia.....

dia sangat bersyukur kerana dapat berkawan dengan semua kengkawan dia....

oklah wei hempa semua aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat hempa semua pasai sudi berkawan dengan aku yaaa.......


hmmm kengkawan yang tak disebut kat atas tu harap dimaafkan yaaa walaupun aku tak tertaip nama hempa namun hempa tetap dekat di hati aku.....
terima kasih kat hempa semua.....ok





haaa tak lupa juga untuk sahabat-sahabat satu opis aku zana,hana,ros,ummu,fida,ghafar dan zaini.....





terima kasih semuanya










Tuesday, August 26, 2008

KAWAN


Assalamualaikum......

Kawan setiap orang ada kawan......
aku pulak ntah la rasanya macam tak ada pun kawan-kawan...
cuma yang ada rasanya kawan bila senang je....
bila susah rasa sepi ja......
kawan yang aku anggap karib rupanya, dia tak anggap aku ni sebagai kawan karib dia pun....
bila ada kawan baru kawan yang lama di tinggalkan....
tak tahu la siapa sebenarnya kawan aku...
mungkin depa semua tak suka bekawan dengan aku....
kawan-kawan yang pernah aku kenal, aku nak ucapkan terima kasih sesangat kat hempa semua kerana sudi berkawan dengan aku, melayan segala kerenah aku....
walaupun hempa semua dok jauh daripada aku, aku selalu ingat kat hempa semua...
Maaf la hari ni memang aku terasa sepi sangat... sebabnya kawan yang selalu call dan selalu msj aku terus diam sehingga sekarang aku tak tahu apa salah aku.... klu aku ada salah aku minta maaf ya...
lagi satu kawan serumah aku, dah dekat dua tahun kami dok satu rumah, kawan gelak,kawan sembang, kawan bertengkar aku akan berpindah keluar daripada langkawi so tinggal lah aku bersendirian kat pulau ni sorang-sorang....
kenapa dalam bulan ni aku rasa semua kawan-kawan aku dah menjauh daripada aku....
kalau aku ada salah aku minta maaf kat hempa semua, aku tak bermaksud pun nak menyakit hatikan hempa...
aku doakan semua kenkawan yang pernah berkawan dan yang pernah mengenali aku di redhoi dan di rahmati allah..
sekali lagi aku sangat menghargai persahabatan yang pernah terjalin..

Sunday, August 24, 2008

LAWATAN

salammmmm...



25hbln setiap bulan adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh kakitangan kerajaan tak terkecuali aku....



hmmm pagi tadi dengan rasmi dan secara terpaksa aku membuat lawatan ke beberapa buah Bank di langkawi......



Bank Islam bank pertama aku jejaki, dengan niat untuk membayar PTPTN dan Kad Kredit laaa apa lagiiii,, nasib baik la tak ramai sangat kat bank Islam masuk 10 minit dah siap semua...



CIMB bank yang kedua pula aku masuk biasa la bayar kereta PEB 1386 aku, tapi perkhidmatan kaunter CIMB pada aku ok cepat dan banyak kaunter berfungsi...



last sekali Bank Rakyat selang beberapa buah kedai je dengan pejabat aku, tapi aku malas sangat nak masuk bank rakyat ni sebab lama sangat menunggu.......



apa-apa pun hasil lawatan aku tercapai untuk membayar apa yang patut tinggallah saki baki untuk belanja dan simpanan masa depan aku hehehehe...

Saturday, August 23, 2008

KELMARIN

kat kampung aku sekarang ni musim menuai padi hehehe mai je musim menuai padi bermakna orang-orang kampung aku dah jadi kaya hehehehe





ASSALAMUALAIKUM.......


Hari cuti kalu aku tak balik ke kampung aku akan mengemas rumah, so minggu ni aku tak balik apa lagi mula la projek mengemas rumah tapi aku seorang je yang dok pulun yang 2 orang kawan serumah aku dok tidoqqqqqq lagi.....


Mula mengemas dari jam 9.oo pagi sampai ke 12.00 tengah hari..... siap sapu sampah, rawang sarang labah-labah, mok lantai, dan susun benda-benda yang boleh di usun .... siap semua projek mengemas rumah kawan-kawan aku pun bangun dari lena yang panjang depa, dengan selambanya depa kata hmmmm "aku dalam mimpi ka ni, rumah sapa ni" rasa geram ja dalam hati aku......


Waktu petang pulak ntah tetiba dengan tak semena-mena aku teringat kat orang yang aku suka tapi dia tak suka kat aku, bila mai je mood teringat kat dia aku jadi murung secara tetiba.....dalam pala otak aku muncul je pertanyaan2 yang aku sendiri tak boleh nak jawab tapi yang boleh menjawab dia sahaja


Bila aku mai mood mcm tu aku suka keluar... so ptg tu aku merempit bawa moto KCB2005 aku jauh ke PAntai Cenang.. 30 minit juga drp rumah aku ke Pantai Cenang kebas juga laaa....


Sampai je kat Pantai Cenang aku rasa tenang sangat bila mendengar bunyi ombak menghempas pantai, iramanya sungguh tenang.....mata pun tenang je jadinya bila tertengok orang-orang bermandi-manda.....


Lepas dok melepak sorang-sorang kat tepi pantai tu, aku kembali kat moto aku terus aku bawa untuk ke tepi pantai satu lagi yang bersebelahan Lapangan Terbang untuk pekena laksa dan cendoi, emmmm best sgt sambil melihat pantai, sambil-sambil tu juga boleh tengok kapal terbang berlepas dari landasannya.....


Sambil dok pekena laksa dan cendoi tetiba aku dapat satu masej, aku buka masej tu rupa-rupanya daripada sesorang (perempuan) yang dah lama aku tak bermasej.....
Tak sangka walaupun aku tak layan dia tapi dia tetap ingat kat aku, sebab apa aku tak jatuh cinta je dengan dia kenapa aku asyik ingat orang yang tak pernah pun ingat kat aku.....
kenapa aku tak boleh je terima dia dan lupakan perempuan yang langsung tak ada perasaan kat aku......
Bila masanya aku boleh melupakan dia buat selama-lamanya.....
ntahhhhhh lahhhhh




TEGARNYA DIA

Tegarnya dia,
memainkan perasaanku.......
pertanyaanku tidak di sahut seolah-olah aku tiada perasaan....

Tegarnya dia,
walaupun hati ini telah terguris
tetapi jauh di sudut hati untuk membencinya

Tegarnya dia,
mungkin dia tiada perasaan belas kasihan
mungkin dia telah lupa kenangan silam

Tegarnya dia,
tanpa memberi tahu apa salahku
diam membisu hingga kesudahnya

Tegarnya dia,
ketuk pintu hatiku yang lama aku kunci
ku buka namun dia.......hanya main-main sahaja

Tegarnya dia,Tegarnya dia, Tegarnya dia..

Tuesday, August 19, 2008

HARI INI

assalamualaikum...

Hari ini aku datang ke opis dengan azam untuk menyiapkan pergulungan Hujjah balasan pihak menuntut, alhamdulillah setelah 4 hari aku punya karang hujah aku tu hari ini siap setebal 17 muka surat hehehe ntah apa-apa aku taip hmmmm minta-minta hakim jgn poning pala sudah...

Hari ini juga aku rasa aku kesepian, aku sendirian tiada siap menemani aku,

Hari ini juga aku rasa semua sahanat-sahabat aku mula menjauh dari diri aku... emmm ntah mengapa nasib aku begini..

Hari ini aku harapkan hidup aku bertambah gembira,tetapi tetiba menjadi duka, rasa sayu je hati ini

Hari ini aku mendambakan sahabat-sahabat yang boleh mengembirakan hidup kau....

Hari ini, hari ini, hari ini

hmmmm tak tau apa nak taip taip ini jelah untuk meluahkan rasa hati ini....

Saturday, August 16, 2008

NISFU SYAABAN

Assalamualaikum...

Masuk Waktu Magrib semalam kita telah memasuki pertengahan bulan Syaaban iaitu bulan yang di kenali bulan Rasul...

Ramai yang tak tahu apa erti Nisfu Syaban jadi di sini aku nak bagi tau secara ringkas apa erti Nisfu Syaaban....

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari Nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban:

1.Solat sunat nisfu syaaban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii)
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi 15 Syaaban) ..

Wednesday, August 13, 2008

CERITA SEORANG ISTERI BERZINA

SALAM......

Astagfirullah hal azim...... aku istigfar beberapa kali bila dengar suatu cerita, mengenai seorang perempuan yang di gelar isteri dan seorang ibu kepada 4 orang anak.....

Ceritanya begini, seorang isteri yang sedang hamil empat bulan tetapi anak yang dalam kandungan tersebut bukanlah anak kepada suami isteri itu, tetapi anak hasil penzinaan antara isteri tersebut dengan pak wa dia,

Hubungan Antara Isteri tersebut dengan pak wa dia sekarang ini telah genap setahun, pak wa kepada isteri tersebut tahu bahawa perempuan itu adalah seorang isteri orang dan ibu kepada 4 orang anak...

Sebenarnya mengikut cerita si isteri tersebut dia beralih arah kepada pak wa dia bila dia tahu suami dia telah mempunyai orang ke tiga.......

Hmmmm aku betol-betol terkejut mendengar cerita ini. sanggup seorang ibu kepada 4 orang anak melakukan penzinaan kerana marah dengan suaminya....pada hal isteri tersebut yang akan menanggung segala-galanya, mana tidaknya sehingga kini suaminya menganggap bahawa anak yang di dalam kandungan isteri itu adalah anaknya...

Hmmmm apabila anak tersebutl ahir kelak bagaimana keadaannya kaalu lelaki ok la tapi kalu anak tu perempuan tentu masalah perwalian akan menjadi isu...

Hmmm sama-sam lah kita doakan agar isteri tersebut bertaubat sebenar-benarnya kepada Allah....

Sama-sama lah kita doa moga-moga keluarga kita serta isteri kita tidak menjadi seperti cerita ini....

TAK BOLEH NAK LUPA

Salam....

Petang ni, ntah bagaimana ku teringat kembali mu.....ku cuba untuk melupakan mu namun setiap kali ingin melupakan mu memori kenangan kita menjengah ke sanubari ku.......

ku sudah tidak tahu jalan untuk melupai mu, ku suka,sayang dan cintakan mu tapi ntah mungkin ku sahaja yang rasa sebegitu hmmm memang ku bertepuk sebelah tangan....

ku sedar segala kelemahan yang ku ada, tapi jangan kau diam membisu seribu bahasa, ku sudah penat untuk mengandaikan perhubungan ini...

Biarpun ku cuba beribu kali untuk melupakan diri mu namun hati ku semakin merindui mu......

Jangan berikan ku harapan palsu tolong lah berterus terang.....

walaupun perkenalan kita hanya sesingkat namun bagi ku, cukup untuk ku menyayangi mu.....

Mungkin kerana kau adalah orang yang terbaik dan tidak sesuai dengan ku maka ku tidak di jodohkan dengan mu namun ku berharap sehinggalah sesaat ini.....

ku tak dapat menerima pelawaan perkenalan dengan wanita lain kerana cinta dan kasih sayang ku adalah untuk mu....

Ungu - Cinta Dalam Hati


mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai

tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Monday, August 11, 2008

GILA TALAK

Assalamualaikum......

Sementara tunggu masa nak ke mahkamah, elok juga aku cuba menaip kat cni drp biarkan blog aku ni kosong.......

Hari ni aku nak cerita pasai GILA TALAK, hmmmmm rupa-rupanya istilah Gila talak ni bukan sahaja digunakan oleh pasangan yang dah bercerai selepas kahwin, tetapi turut digunakan juga oleh pasangan yang putus cinta......

hmmmm malas la aku nak buka kamus dewan, untuk mentakrifkan istilah GILA TALAK ni... secara kefahaman aku GILA TALAK ni bermakna salah seorang daripada pasangan yang telah berpisah teringin ruju' dengan bekas pasangan dia...

Kat cni aku nak cerita pasai seorang sahabat karib aku, dia ni break dengan awek lama dia yang dia dah berkapel selama 7 tahun, dek kerana bertemu dengan seorang lagi pempuan yang dari segi pandangannya amat sempurna, hmmm apa lagi terjadilah episod "Percintaan 7 Tahun Ditewaskan dengan Perkenalan 3 minggu" heheheh sahabat karib aku ni baru 3 minggu je berkenalan dengan pempuan tu, tapi sahabat karib aku ni dah setahun memerhati dan memendam perasaan kat pempuan tu....

So selepas rapat dengan pempuan tu dan dia nampak pempuan tu banyak kelebihan berbanding dengan awek lama dia.... dia pun break la dengan awek lama dia....

Alah terpaksa sambung lepas balik dari mahkamah laaa ok pergi mahkamah dulu...

Hmmmmm sambung balik

Setelah tiga bulan bahagia bersama awek baru, tetiba tanpa di duga kenangan lampau menjengah ke minda dia,

Hmmm , menonton TV pun teringat awek lama, dok bersendirian pun terbayang awek lama emm yang paling teruk tu bila tido awek lama menjelma di dalam mimpi....hmmmm ntah la tetiba je dia rasa nak berbaik balik dengan awek lama dia..

Serba tak kena di buatnya diluah mati mak di telan mati bapak, di antara kedua-dua awek dia tu masing-masing ada kelebihan yang tak ada kat awek seorang lagi dan ada kekuaranggan yang tak ada kat awek seorang lagi hmmm pening aku..

Dia tanya pendapat aku, senang je aku jawab tinggalkan kedua-dua tu dan tunggu awek yang tak di sangka-sangka yang akan muncul kelak senang....

PADA PEMERHATIAN AKU

Cerita sahabat karib aku ni adalah dugaan sebenarnya dari Allah, untuk dia hampirkan diri lagi kepada Allah.....

Sebenarnya setiap manusia ada kelebihan dan ada kekurangan cukup payah nak cari yang sempurna ....

Mungkin sebenarnya, sahabat karib aku ni semasa break dgn awek lama, dia masih lagi ada sayang dan cinta tetapi nafsu telah memesongkan segala-galanya, sebenarnya ada hikmah di sebalik tu ,mana tidaknya sekurang-kurangnya dapat memuhasabahkan diri masing-masing...

Perpisahan sebenarnya adalah kemunculan yang baru, pihak-pihak yang masih lagi kekurangan atau mempunyai kelemahan boleh memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri masing-masing...

Mana tau, perubahan yang telah dilakukan selepas perpisahan akan muncul pula perkara-perkara yang tidak disangka-sanga akan terjadi walaupun percintaan terputus ditengah jalan..

Mungkin juga perpisahan yang telah berlaku ,akan menyatu kembali dengan kekuat cinta yang tidak akan bisa dirobohkan lagi oleh mana-mana pihak, semuanya adalah ketentuan dan takdir Allah ingatlah firmanNya "Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

kepada awek lama Sahabat karib aku tu, aku nak bagi tau bahawa sahabat aku amat menyanyangi dan mencintai dia, cuma dia berharap kelemahan yang ada antara dia dan awek dia diubah dan diperbaiki....

Rupa-rupanya bercinta pun ada masalah, tak bercinta pun ada juga masalah, tapi yang tak bercinta tak la banyak sangat masalahnya daripada bercinta ya takkkk...

Moga sahabat karib aku yang tengah GILA TALAK tu , akan diberi Taufik dan Hidayah serta pedoman oleh Allah dalam mengharungi hubungan percintaan sesama manusia.....

Hmmmm setakat ini sahaja kot coretan aku....

Kepada Sahabat Karib aku tu, aku nak bagi tau aku sentiasa berada bersama hang aku akan sokong apa-apa keputusan yang baik dan elok yang hang akan buat okkkk....

sekian

Wednesday, August 6, 2008

PERKENALAN

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tercapai juga hasrat aku nak buka blog kat sini, sebetulnya aku dah pun mempunyai blog sendiri kat friendster http://dika_rain.blogs.friendster.com/dika_rain/ banyak la juga aku postkan cerita-cerita mengenai kehidupan alam, tentang cinta dan cerita tentang diri aku sendiri...

kat sini nanti, aku cuma nak belajar-belajar mengarang apa-apa yang berfaedah yang boleh di kongsi bersama dengan hempa semua...

Sebenarnya aku tak pandai nak mengarang-mengarang ni, oleh kerana LOGHAT KEDAH aku memang menguasai aku hehehehe. tapi oklah kot janji hempa semua boleh faham apa yang aku taip...

Penghargaan aku sampaikan kat anap kerana sokong aku buka blog ni terima kasih ya anap..

Oklah setakat ini dahulu untuk pengenalan sebab sat lagi aku kena bertolak ke KILIM GEOPARK LANGKAWI ada majlis Santapan Bersama Tengku Sultan Kedah ok bye