Sunday, November 23, 2008

MENDUNG KELABU


Maafkan aku, keputusan perpisahan ini aku perlu buat kerana hubungan kita tidak akan kemana kerana di tengahnya ada satu dinding yang menghalangnya...


namun tika ini dan saat ini aku sentiasa menanti SMS dari mu ntah menggapa......kekadang suka dan kekadang rindu dan kekadang bila di fikirkan halangan itu aku ingin sekali melupakan mu....


saat bersama terlalu indah untuk dikenang tetapi saat itu akan ku abadikan di dalam satu sudut dihati ku..........


maafkan aku kerana membuat keputusan ini, maafkan aku dari mula perkenalan sehingga kesaat ini......aku hanya insan biasa yang banyak kelemahannya...



p/s ini satu kisah zaman dulu kala ok.....

Wednesday, November 19, 2008

MENYIBUKKAN DIRI

Assalamualaikum.....

Maha suci Allah yang menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepadanya, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammasd saw.

sejak kebelakangan ini aku rasa diri aku ni sibuk dan kalut sangat, entah la sebab apa, tapi yang pasti asgmnt aku dah siap semuanya, tunggu masa nak bentang je, sebenarnya bulan depan semua asgmnt tu kena hantar tapi aku buat awal sebab 24 sampai 27 ni aku ada kursus mock trial (biasa la peguam biro) kat PD.

InsyaAllah aku p kursus dengan kereta pengantin baru si Muaz BBG Penang dan Azizi BBG Perlis emmm kebiasaannya klu ada kursus aku selalu ikut naik kereta ust Badri BBG Kedah tapi kali ni ust Badri balik kampung isteri dia dulu...

lepas balik kursus aku ada exam PTK pulak emmm tak baca buku lagi pun untuk exam tu. aku exam PTk kat mahkamah Syariah Kepala Batas penang. InsyaAllah aku bawa kereta sendiri la ke tempat exam tu, sebenarnya aku tak tau kat mana mahkamah tu tapi nanti cari lah...

aku harap sangat aku boleh dpt 4 dalam exam PTK, boleh naik gaji atau naik pangkat hehehe kalau naik pangkat boleh la aku keluar daripada Pulau yang amat boring ni.... dan aku tak la payah jadi peguam lagi hehehe jadi peguam ni sebenarnya poning kepala dok pikiaq masalah org tapi oklah aku ada la jugak pengalaman jadi peguam...

harap hempa semua tolong doakan aku berjaya dalam PTK tu ok....

hmm petang ni pulak aku di jemput oleh LADA untuk ke Majlis perasmian pameran Lukis langkawi Geopark art 2008, rasa macam malas je nak p tapi klu aku p boleh berkenalan dengan ramai orang yang bekerja kat langkawi ni terutamanya bos-bos jabatan yang ada kat cini...

oklah haaa wat masa la ni aku tak sempat nak jawab TAG daripada anap emmm InsyaAllah lepas PTK aku jawab ya anap hehehehe sabaqqqq sat ok...

oklah moga Allah senantiasa merahmati kita semua....

Wednesday, November 12, 2008

HARAPAN

Assalamualaikum.....

hari khamis selalu ditunggu-tunggu oleh aku, sebab keesokan harinya cuti hehehe so kalau ada kelas pada minggu tu aku mesti balik kampung setiap hari khamis......

cuma aku ada satu je harapan bila aku naik feri.... hmmmm malu la nak cerita tapi elok juga aku cerita kat sini untuk menambah entry kat blog aku ni....

hmmmm ..malam tadi masa aku tgh berjalan kat pasar malam Kuah dengan mak ndak aku, aku terpandang seorang perempuan.... perempuan ni aku pernah jumpa dia, masa kami dok sebelah menyebelah kat dalam feri, masa dia dok sebelah aku, aku cuma diam jelah selama 1 jam setengah dalam feri tu.....aku cuba nak memulakan bicara tapi dia pulak pejam mata hmmm melopas laaa......minggu berikutnya aku terjumpa dia lagi dalam feri juga tapi kali ni dia tak duduk sebelah aku tapi duduk belakang kerusi aku....hmmmm so dah tiga kali aku terjumpa dia.....

sampai ke hari ini aku menyesal tak bertegur sapa dengan dia, semasa kami duduk sebelah menyebelah dulu...aku rasa perempuan tu ustazah JQAF sebabnya bertudung labuh....

tapi jauh di sudut hati aku, aku merasakan yang perempuan tu maybe dah berkahwin atau pun dah bertunang....

tapi setiap kali aku nak balik kampung aku selalu berharap moga-moga dia duduk sebelah aku lagi, masa tu aku nak bertegur sapa dengan dia hehehehe .....

tapi kadang-kadang aku rasa diri aku ni ada ka orang yang nak.....emmmm biar lah suatu masa jika di takdirkan aku ada jodoh ada lah.....

oklah yang tu je nak ceritakan betapa aku berharap untuk jumpa dia lagi.....

ok doa-doakan lah yaaaa

Monday, November 10, 2008

TENTANG AKU

ASSALAMUALAIKUM…

Hmmm semalam mulut aku ni lapaq nasi goreng pataya,,ajak zaini (kwn serumah aku) dia dah makan petang tadi so aku pun kuaq la makan kat EE Burger sorang-sorang… masa tengah layan nasi goreng pataya tetiba ada satu perasaan yang tak semena-mena aku rasa……..

Tengok kanan, tengok kiri, tengok depan dan tengok belakang setiap satu meja kat EE Burger tu mesti ada 2 atau 3 orang yg tengah makan satu meja,, tak kira lah ada yang berpasangan lelaki dan perempuan dan ada yang dengan kawan depa atau keluarga depa….

Hmmm aku pulak rasa lain macam je mlm tadi sebabnya aku makan sorang-sorang kat satu meja tanpa berteman dan berpasangan …..

Makan sorang-sorang kat kedai makan atau KFC, tengok wayang pun kadang-kadang sorang-sorang p shoping pun suka sorang-sorang ermmm dah memang menjadi kebiasaan aku semua rutin tu…aku pun tak tau sebab apa aku jadi macamni….nak kata tak ada kawan ada la jugak tapi tak la ramai sangat….

Aku tak tau la sebab apa aku jadi macam ni… suka sangat bersendirian buat apa-apa pun…. Kawan-kawan satu opis pun hairan dengan perangai aku ni…

tapi ntah aku rasa bila aku buat benda-benda tu sorang-sorang aku rasa selesa sebab tak payah nak menyusahkan kawan-kawan dengan ragam aku yang kadang-kadang pelik ni…

hmmm rasanya aku sorang je kot yang macam ni….tapi mungkin kat dunia ni ada juga orang yang macam aku….

Untuk rekod aku memang macam ni sejak dari dulu lagi suka bersendirian tak suka kawan dengan ramai-ramai kawan sangat… just ada 2 @ 3 orang je yang aku betul-betul rapat kat kampung dan masa belajar dulu…..

Orang yang tak kenal aku mesti aku akan di gelar si sombong tapi bila dah kenal aku depa pulak yang akan kata terlebih mesra alam heheheh (betoi dak anap)

Oklah ntah apa la yang aku dok melalut ni…..

Pesanan aku untuk para pembaca blog aku ni… jgn jadi macam aku ok.. hidup tak sama macam orang lain…

nasihat aku jadilah diri sendiri jangan jadi diri orang lain……sebab itu identity kita mungkin Allah takdirkan kita macamni mungkin ada hikmahNya yang kita sendiri tak tahu…..

Oklah moga aku dan kita semua sentiasa di bawah naugan rahmat dan kasih sayang Allah a’sawajalla……

WALLAHUALAM………..

Saturday, November 8, 2008

BIRTHDAY OPIS

SALAM...

Apa khabar semua hmmm aku la ni rasa macam tak dak ideal nak menaip kat blog aku ni ,, ntahhh la sebab apa... mcm nak tutup je blog ni ..tapi klu tutup nanti anak cucu takleh nak baca pulak blog aku....

Pagi ni saja ja aku nak cerita pasai sambutan hari lahir semua staff bbg langkawi untuk tahun 2008...hmmm setiap org kami akan buat kejutan sempena birhtday depa....

Di mulakan dengan sabutan birthday Ghafar bulan januari lepas dan last birthday Ummu bulan November...

Oklah aku nak cerita pasai sambutan birthday Ghafar dulu... hmmm birhtday dia 11 januari, birhtday dia kami tak buat kejutan kami cuma buat makan-makan dan potong kek ja kat EE burger tapi ok la best juga....






26 Mac pula birthday Fida ...emmm kali ni kami nak buat kejutan, tapi tak jadi la pulak coz dia nampak kami buat persiapan tu... birthday dia kami buat kat opis je makan nasi ayam dan kek, ingat tu nak main baling-baling kek tapi takut sat lagi kotor lak opis hehehe...





Cuba teka 26 April birthday sapa????? hehehe mesti la birthday tuan punya blog ...hmmm birthday aku di advance coz 26 hbln tu jatuh hari sabtu so depa buat 24 hbln ari khamis... time birthday aku memang kejutan depa menjadi... aku tak sangka yang depa akan buat advance...masa kejutan tu aku ada dalam bilik aku tengah dok berinternet tetiba nampak ada orang bawa kek (hmmm macam orang nak meminang je) semua staff masuk dalam bilik aku... terkejut beruk la juga aku...lepas kejutan tu kami potong kek dan makan...

masa tengah hari pulak kami turun... sebab bawah pejabat kami ada satu Restoran Wan Thai... Restoran ni memang terkenal kat langkawi kami makan kat situ bersempena juga majlis perpisahan seorang staff yang bernama Zu dia dapat kerja kat selangor..




kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat kawan-kawan satu opis aku ni coz sudi buat kejutan dan beli kek untuk aku...
ni first time aku di beri kejutan sempena birthday aku, sebelum ni just beli kek ja, aku juga nak ucapkan terima kasih coz ada juga kawan-kawan aku yang ucapkan birthday kat aku .....

oklah seterusnya birthday hannah 1 June emm birthday dia kami tak sambut ..coz kami sambut dengan majlis perkahwinan dia hehehe kami satu opis pergi kenduri kat rumah dia di merbok...cukup meriah kenduri dia...






14 Ogos birthday zana hmmmm ada kejutan juga siap rakam lagi.....sambut birthday dia kat opis ja macam biasa makan nasi ayam yang di tempah kat kafeteria ikhwan.....











bulan oktober giliran birthday rose tanggal 5 hbln...dah lupa dah la macamna kami buat kejutan untuk dia tapi yang penting ada la kejutan juga untuk dia...








ok bulan November dan last sambutan birthday kat opis kami birthday Ummu...hmmm untuk pengatahuan ummu ni ...dia ni bendahari opis serta biro makanan kami so apa-apa sambutan dia akan mulakan dulu dengan kutipan RM10 untuk buat majlis sambutan birthday....hehehe birthday dia 6 hbln....so baru-baru ni kami buat kejutan untuk dia, dia ingat kami dah tak ingat birthday dia coz tak ada siapa pun wish kat dia..... masa dia asyik dok bergayut kami pun mula la operasi lepas habis bergayut.... dah ada org bw kek untuk dia,, sambil menyanyi lagu birthday kat dia tapi aku tak nyanyi pun...perluka
ok cuma zaini je kami tak buat majlis birthday kat dia pasai dia baru je masuk kerja ...birthday dia pulak bulan Januari...so kena tunggu tahun depan laaa
oklah kepada kengkawan yang dah bekerja kalau kat opis hempa belum buat mcmna kami buat di persilakanlah buat majlis seperti ini...
memang best...oklah moga kita semua di rahmati dan di lindungi serta di beri ke ampunan oleh Allah...

Sunday, November 2, 2008

MESIN PERAKAM WAKTU


Assalamualaikum...

Hmmm pagi ni bersemangat sungguh aku nak masuk opis... hehehe selalunya lepas bersiap lepak dulu tengok MHI, tapi hari ni lepas bersiap terus start motor masuk opis....

Buat pertama kalinya pada pagi ni opis aku kena guna mesin perakam waktu sebelum ni pakai tulis je kat dalam buku hehehehe kadang-kadang ada juga tak berlaku amanah....

Pagi ni aku orang pertama mengketik kad ke mesin tutepat jam 7.37 pagi tu masuk opis... hehehe


Dengan adanya mesin tu mungkin menjadi wasilah kepada berkerja secara beramanah...

Sebelum ni opis aku tak guna mungkin sebab staff tak ramai tapi sekarang staff dah melebihi 5 orang baru Ibu Pejabat BBG bagi kami guna mesin tu...

Untuk hari pertama Alhamdulillah ok je sebab aku samapai awal kalau sampai jam 8.00 lebih alamatnya warna merah la....

Oklah ni je nak aku cerita...dah tak ada idea nak cerita yang best2 aku cerita la bab mesin tu...

Ok moga kalian berda di bawah naungan rahmat Allah