Saturday, February 28, 2009

JAM TANGAN BARU CASIO EF-327


Assalamualaikum..

Emmm cepatnya masa berlalu tup tup dah masuk bulan Mac bagi tahun 2009, satu bulan lg aku nak masuk umur 25 tahun cepatnya masa berlalu... sesambil jari jemari aku menaip entry ni telinga aku di hidangkan dengan lagu nyanyian Imran Ajmain tajuk "selamat ulang tahun sayang" ....


Hari ni 1 Mac 2009 merupakan hari ini dalam sejarah dalam hidup aku kenapa? kerana hari ini aku membeli seutas jam tangan jenama Casio untuk diri aku sendiri... hehehe sebelum ini jam tangan aku, aku beli kat pasar malam je rega pun dalam Rm10 keatas ja..


Hari ni aku beli yang mahal ckit tapi tak la mencecah ribuan RM, sekadar kemampuan aku ja...nak beli jenama seiko mahal sangat lari budget so tgk jenama Casio bekanan lak di hati apa lagi mula la drama tawar menawar emmm dpt la kurang ckit....


"alias kali ni hg tak leh nak pemain(sakat)aku dah, aku dah beli jam mahal" hehehehe dan terima kasih kat hg pasai selalu je memberi dorongan kat aku supaya aku beli jam jenama casio ni..

emm kat atas tu lah jam n tangan aku (sila abaikan bulu-bulu itu) oklah itu saja cerita aku, emm dah lama aku ngidam nak beli jam akhirnya ada juga rezeki......heheh tapi jam tangan en_me mahal n changeh lagi daripada jam aku ni ..

Wednesday, February 25, 2009

JANGAN PERCAYA 100%

Assalamualaikum....
Merujuk kepada perkara di atas, baru-baru ini beberapa orang kawan aku telah terpedaya, dgn apa yang mereka semak melalui web JPA.
Semak result exam undang-undang kerajaan pada bulan 12.2008 LULUS, tapi bila semak pula result exam tu bulan 1.2009 KANDAS, alangkah terkejut depa yang pada mulanya lulus tetiba kandas...bila hubungi pihak JPA, JPA bg tau ada masalah teknikal, dan mereka yang kandas terpaksa ambil exam sekali lagi. Exam ni adalah penting untuk pengesahan perkhidmatan dalam kerajaan.
Mungkin ramai yang tak paham, ok baik aku terangkan, apabila seseorang yang telah dilantik untuk menjawat penjawat awam, penjawat awam tersebut mesti memenuhi syarat-syarat untuk disahkan di dalam perkhidmatan, ok kat bawah ni syarat untuk jawatan sokongan 1 mcm aku.
Antara syarat-syaratnya ialah:-
1) Menghadiri kursus induksi khusus dgn jayanya
2) Menghadiri kursus induksi umum dgn jayanya dan lulus exam
3) lulus peperiksaan undang-undang kerajaan bagi kedua-dua bahagia (kendalian JPA)
4) lulus peperiksaan jabatan ( kendalian jabatan)
5) kursus Biro Tata Negara ( syarat untuk exam PTK)
Bagi aku kelima-lima syarat tersebut aku telah lepasi dalam masa setahun perkhidmatan aku , sekarang aku telah disahkan di dalam perkhidmatan, Alhamdulillah aku bersyukur sangat Allah permudahkan aku dan sekarang aku masih menanti result PTK aku, maybe akan keluar bulan 3 nanti. (doa-doakan aku ya).
Ntah la sebenarnya exam undang-undang kerajaan yang bahagian B tu cukup payah kena tulis panjang lengguh tangan aku, tapi selamat la boleh tgk buku just salin ja...sebenarnya nasib ja aku lulus dulu sebabnya aku tak sempat pun jawab semua soalan...
Sebenarnya aku kesian dgn kengkawan sejawatan dgn aku yang dah dua tiga kali ambil exam tu, tapi tak lulus tetiba bulan 12.2008 aritu semak kat web JPA lulus dan semak sekali lagi bulan 1.2009 kandas pula, memang tertipu la kesian kat depa.... sepatutnya JPA tak leh la wat mcm tu walaupun ada kesalahan teknikal dlm internet, kesian kat depa pasai exam tu penting dan depa mengharap sangat depa lulus...
kesimpulannya kepada kengkawan semua, jgn percaya 100% klu semak apa-apa result kat internet tu , yang boleh percaya bila dah dpt surat atau slip exam tu, baru boleh percaya..
kepada kengkawan aku yang terpaksa ambil sekali lagi exam tu anggaplah semua tu dugaan daripada Allah dan seterusnya tawakal dan berdoa..

Monday, February 23, 2009

MEMUJUK

Assalamualaikum...

Dalam hidup ini, banyak juga aku kenal dgn bermacam-macam jenis kawan-kawan,

Ada jenis kengkawan aku yang bersifat positif, seperti ada yang warak (alim) bukan alim-alim kuching tau tapi memang alim la klu masa study dulu org macam ni di panggil "syadid", ada yang memahami, ada yang pandai memujuk, ada yang sentiasa bersama aku tak kira time susah atau pun senang atau tima suka atau time duka.

Dan ada juga jenis kengkawan yang bersifat negatif, seperti ada yang ego, ada yang berbangga diri, ada yang suka membuatkan aku terasa ( hehehe almaklum la aku ni cepat terasa), ada yang suka memaksa untuk dengar cakap dia ja...

Sebenarnya aku nak cerita bab memujuk, selalunya org kata klu perempuan merajuk cukup payah lelaki nak pujuk, ada yang kata lelaki ni ego, ntah la tak semua lelaki ego, perempuan pun ada juga egonya..

Bagi aku, aku rasa aku ni bukan jenis kaki memujuk tapi kaki merajuk huhuhuhu tetapi klu kesalahan tu berpunca daripada aku, aku akan berusaha untuk meminta maaf beberapa kali tapi klu masih tak dimaafkan , ada aku kesah huhuhu (tak baik kata mcm tu), yang penting diri sendiri dah memohon maaf terima maaf atau tak terima terserah....

Sesekali aku cuba nak jadi mcm sahabat aku, pandai dia memujuk dan tahu ja bila kawan-kawan dia ada masalah, tapi setiap manusia tu bukan serupa...

oklah kesimpulannya lelaki ni sebenarnya boleh memujuk tetapi cara pujukkan lelaki dan perempuan berbeza, cara memujuk lelaki hanya meminta maaf sahaja, klu selepas dia minta maaf pun masih merajuk lagi lelaki tak leh nak buat apa dah kecuali klu dah sah suami isteri, si suami ada cara lain untuk memujuk isteri emmmm

Untuk tambahan lelaki pun ada merajuk tapi merajuk lelaki n perempuan bebeza, jgn hairan ya klu pasangan lelaki anda pun kuat merajuk, sebab tu aku masih tercari-cari pasangan yang pandai memujuk aku tak kala aku merajuk, hehehehe baru seimbang rumah tangga bila dia merajuk aku pujuk, bila aku sentap dia pulak yang memujuk, klu dua-dua tak pandai memujuk haru biru lah rumah tangga tu..

Oklah pesanan untuk diri sendiri n kengkawan sekalian, jgn la kuat merajuk nanti menjejaskan kesihatan...


Tuesday, February 17, 2009

MAAFKAN AKU

Assalamualaikum......

"kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binas"

" terlajak perahu boleh di undur
terlajak kata buruk padahnya"

Emm nak tau dak sebab apa aku tulis pantun kat atas tu, sebabnya ada berlaku satu perkara yang telah aku lafazkan dan mengakibatkan satu pihak yang lain terasa sedih......

Aku rasa elok aku berikan sedikik fakta kes terhadap isu ini...

Beberapa hari yang lalu aku berkenalan dgn seseorang ni, sebelum ni memang aku tak kenal dia cuma dia ni jadi kawan aku di alam maya je....bila dah mula bersms dan berYM aku cuba nak mengenali dia lebih dekat, ari pertama kami berhubung aku cuba bertanya nama dia, tapi dia tak bersedia lagi nak bagi tau aku, so ok la klu mcm tu , untuk pengetahuan, aku panggil nama dia dgn menggunakan nick name dia ja...

Ari kedua lak aku tanya dia study kat U mana dulu, tapi jawapan yang sama juga dia bagi, pastu aku tanya la umur dia lak sama juga jawapannya.....untuk dua hari yang berlalu tu kami banyak bersembang hal-hal biasa-biasa ja...

Ari ketiga kami just berYM, macam biasa la aku tanya la balik soalan-soalan yang dia tak jawab, tapi dia kata dia masih tak bersedia lagi... lepastu aku bgtau la dia, aku lebih suka orang yang berterus terang, aku bagitau dia tujuan nak berkenalan mestilah kenal sedalam-dalamnya, lepastu dia bgtau aku, katanya dia memang macam tu coz dia tak suka dedahkan privacy dia kat orang lain....

Tetiba aku balas balik, aku terkata dia tak ikhlas nak berkawan dengan aku, sebab tak berterus terang, tetiba dia sedih aku kata macam tu.......

Tu lah sebabnya mulut aku ni berbisa sangat, kan dah menyakit ati orang lain.....mungkin juga aku ni terlalu memaksa, dan tak ambil kira mungkin dia ada sebab-sebab tertentu kenapa dia tak boleh cerita tentang hal peribadi dia kat aku.....

Kepada si dia yang mungkin terbaca entry ni, apa yang aku boleh katakan, aku nak minta maaf sekali lagi atas kelangcangan mulut aku ni....

Mungkin aku tak boleh jadi kawan si dia atas sebab mulut aku ni akan membuatkan si dia akan sentiasa sedih...

ammm "awk, awk akan sentiasa menjadi kawan saya duania akhirat" sekali berkawan selama-lamanya jadi kawan...

Jauh di sudut hati, saya nak mempersoalkan keikhlasan awk.... sedangkan dalam hati saya ingin sekali beranggapan awak betul-betul percayakan saya dan ikhlas untuk berkawan dgn saya...

Tak apa lah saya nak wat macamna, saya dah minta maaf dan saya pun dah bagi tau, awk sentiasa jadi kwn saya..

Oklah kepada semua kengkawan aku yang dah biasa dgn kelangcangan mulut aku ni, aku minta maaf ok....hempa semua tetap kwn terbaik aku sebab hempa boleh terima aku dan sikap aku serta kelangcangan mulut aku hehehehe oklah

kepada si dia aku doakan semoga dia berbahagia dan sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah dan moga dia menemui sahabat yang lebih baik drp aku...amin3..





Sunday, February 15, 2009

UPIN & IPIN


Assalamualaikum......

Semalam ari Ahad malam Isnin jam 8.45 malam kami 6 orang termasuk bos aku , gi tgk wayang citer Upin & ipin emmm tercapai gak hajat aku nak tgk.

Sebelum tu tgh hari lagi aku gi beli tiket walaupun malam baru nak tengok, bukan apa aku takut penuh sebabnya dah beberapa malam sebelum ni penuh dewan orang pakat dok tengok citer upin & ipin ni..

So jam 8.30 malam aku n zaini sampai kat Langkawi Cineplex dengan selamatnya di bawa oleh motor aku KCB2005 (kelabu jr), kat atas geng2 pempuan dah tunggu ( Ros, Ummu, k.Ida dan Pn Radin).

8.45 malam citer pun bermula, emm mcm biasa aku ni tak pandai nak cerita balik cerita tu, tapi apa yang aku boleh katakan kat sini cerita upin & ipin ni best sangat aku bg 10 bintang memang lawak,kejutan,keindahan,sedikit kesedihan dan macam-macam lagi lah yang akan kita rasa bila tengok citer ni..

Aku bangga sangat anak Malaysia boleh hasilkan filem 3D macam ni, grafik dia pun memang menarik, aku paling suka bila Rajoo, upin & ipin kejar oopet memang lawak gila...

kat cni aku petikkan Sinopsis cerita ni dari http://www.gengthemovie.com/

"
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia."

Sebenarnya cerita ni watak utamanya si Rajoo tu sebabnya dia boleh berkomunikasi dgn Oopet upin & ipin ni sebagai watak sampingan tapi ok gak pasai kewujudan upin ipin ni memeriahkan suasana n depa ni comel sgt "betul betul betul".

Masa dlm panggung tu ramai gila orang, dari budak-budak mak n bapa budak sampai la ke nenek n tok wan budak emmm yang best tu ada yang datang satu keluarga sekali dgn nenek n tok wan emmm bestkan klu ada nenek n tokwan yang boleh dtg tgk wayang sekali hehehehe...

Emmm kepada kengkawan sekalian yang belum gi tgk cepat2 la gi tgk best sgt tau dak tak rugi pun,

Oklah lepas je habis tgk citer tu aku n zaini balik ke rumah tapi sebelum tu kami singgah makan kat kedai mamak pekena teh tarik dan roti sardin, dalam tengah makan tu sahabat aku Anap call
katanya flight dah tinggalkan dia emm kesian kat dia, dia bgtau aku flight dia 16 hrbln, ha utk pengatahuan Anap ni study kat Jordon baru2 ni dia balik becuti pastu apa yang di warwarkan oleh dia 16 ni dia balik tetiba lak dia bgtau aku dia tersalah tengok tarikh sebetulnya 16 tu sampai kat jordon 15 betolak dari malaysia emm sian dia mesti kena marah gan abah dia hehehe Anap sabor je lahhh yeee...

Lepas dah habis makan roti sardin, aku n zaini naik la motor aku, tetiba rasa lain je tgk kat tayar belakang dah kempis, emmm tayar pancit sebab tu la tadi aku ada dgr meletup rupa2nya tayar motor aku, emmm tapi semuanya dah ok jap lagi aku nak gi tukar tayar kelabu jr aku tu...

Sebelum aku gi tgk cerita upin ipin ni pada hari jumaat malam sabtu aritu aku berkesempatan juga tgk wayang cerita ong bak best gak cerita tu banyak aksi tapi ending tak best hero kena tangkap emmm

oklah antara ong bak dan upin ipin aku cadangkan baik tengok Upin & Ipin memertabatkan filem Malaysia....





Wednesday, February 11, 2009

MENGALAH BUKANNYA KALAH

ASSALAMUALAIKUM.....

Setiap daripada kita pastinya ada ego masing-masing tak kira lelaki ataupun perempuan,

kekadang ego ni membawa kehancuran, ada pelbagai perbutan yang menunjukan sifat ego seperti bermegah-megah, sukar nak ucapkan maaf dan lain-lain lagi..

Orang yang ego ni, kita je kena mengalah. tapi tak apa mengalah bukannya erti kalah, tak rugi apa pun klu kita mengalah.

Pengalaman aku berdepan dengan orang yang ego, terutamanya suami klien aku la... si isteri menuntut cerai sebab perangai suami yang suka mabuk, bila mabuk si isteri jadi mangsa di pukul sehingga cedera, bila panggil si suami datang untuk berbincang betapa egonya si suami ni tak mahu menceraikan si isteri, si suami nak biarkan si isteri hidup tak bergantung...tapi last sekali keputusan mahkamah berpihak kepada isteri,

Alangkah bagus jika si suami tadi mengalah dan menceraikan si isteri, jika dari awal lagi si suami setuju nak cerai tak la dia habis beribu-ribu ringgit nak lantik peguam, jika kes tadi si suami menang aku rasa si isteri tak akan balik nak bebaik dgn suami seperti dia...

Ada juga kes yang aku terima si isteri tuntut cerai tapi senang je si suami setuju, aku tanya sebab apa dia setuju, dia bagi tahu, buat apa dia tanggung dosa isteri dia, lagi pun dah isteri tak suka dengan dia biarlah dia mengalah walaupun talak di tangan suami, klu dia tak setuju nak cerai pun si isteri bukannya nak bebaik dah dengan dia rumah tangga pun tak bahagia sedangkan motif perkahwinan tu adalah untuk bergaul baik-baik...

Emm ni kes aku pulak, aku ni asyik mengalah je dengan kawan-kawan aku, tapi ok la klu aku tak mengalah maybe sekarang ni masih lagi putus sahabat tp semuanya dah ok bila aku mengalah, lepas aku mengalah baru aku tahu bahawa salah faham yang menyebabkan putus sahabat...

Oleh itu kawan-kawan ku sekalian, tak salah untuk sekali sekala kita mengalah bukannya rugi apa-apa pun maybe klu kita tak mengalah kita akan rugi...

walaupun aku kerap mengalah dengan kwan-kawan aku, tapi ada juga kawan-kawan aku yang selalu mengalah dengan aku....hehehe terima kasih la mengalah dengan aku klu tak mesti kita dah berputus sahabat hehehe...

Oklah emmm arini 12.2.2009 movie upin & ipin dah di tayangkan aku tak sabar-sabar nak p nonton heheheh InsyaAllah klu tak ada apa-apa kami satu opis akan pergi menonton...

Oklah ingat satu ketika dan satu keadaan kita kena mengalah, kepada yang rasa dirinya ego cubalah mengalah dan memaafkan tak rugi pun sebanarnya... ok




Monday, February 9, 2009

KEPUTUSAN EXAM

Assalamualaikum....

hari ni 10 hbln keputusan exam PJJ aku kuar.... so pagi-pagi lagi aku dah buka internet chek tapi tak ada pun lagi....

jam 10 kak maslina msj tanya result aku, so aku chek la sekali lagi Alhamdulillah walaupun tak dapat dekan tapi masih kekal 3 pointer ke atas..

sem lepas aku exam 5 subjek 3 subjek dpt B+ 2 subjek lagi B- sem ni tak ada A pun emm tapi syukur la naik gak pointer aku...tapi sem lepas ada A juga..

sem lepas subjek mencabar juga yang mengcabar tu subjek Pemikiran Islam Semasa dan Metodologi Dakwah dan banyak soalan esei.

26 hbln 2 ni bermula sem baru dah sem 4 pun aku, harap-harap sem 4 ni boleh la kot dpt dekan sebabnya ada belajar subjek undang-undang....

oklah terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang sentiasa berdoa untuk kejayaan aku...

emmm semalam Sahabat aku Wan Chu call aku dari Mesir lama la juga kami sembang, aku nak ucap terima kasih kat dia sebab doakan aku di hadapan Kabah masa di wat haji ari tu..

Wan chu aku pun akan doakan kejayaan hg..

Wednesday, February 4, 2009

CUBA JADI SAHABAT TERBAIK TAPI...

Assalamualikum...
Setiap kita yang mempunyai sahabat, mesti kita harapkan sahabat kita itu menjadi sahabat terbaik untuk kita, sahabat yang saling ambil berat antara satu dengan yang lain....
ntah la kekadang ada juga sahabat yang tak menghargai ikatan persahabatan...
aku nak pesan la kat semua yang mempunyai sahabat termasuk diri aku sendiri , hargailah sahabat kita tu, hargailah jika dia ambil berat tentang kita jangan buat tak endah ja sebabnya sahabat sejati payah di cari sahabat mkn free mudah di cari....
biarlah kita jadi sahabat sejati walaupun kita tidak di hargai sebabnya hati yang Ikhlas Allah sayangi...
selamat bersahabat dan berteman untuk semua ok, jalinkanlah hubungan persahabatan dan percintaan itu dengan sebaik-baiknya dan saling menghargai , sebabnya siapa lagi nak menghargai kita selain sahabat kita...
tapi kena ingat cari sahabat dan pasangan yang baik yang mempengaruhi kita kejalan yang di redhai Allah, bukannya kita pula di pengaruhi ke jalan yang tak elok,
klu bersahabat dengan sahabat yang kurang ilmu agamanya maka menjadi kewajipan kita untuk membantunya ke arah agama...
ok sekian...
p/s sebenarnya aku geram ni, msj aku htr dr semalam tak di balas2 lagi.....

Monday, February 2, 2009

PENGANTIN BARU, BOS BARU DAN STAFF BARU

Assalamualaikum....
dah lama aku tak update blog aku ni... pagi ni aku nak cerita pasai BARU....
Gambar kat atas tu, gambar mak menakan sepupu aku, 25 hbln 1 aritu kenduri kahwin dia so aku nak ucapkan tahniah untuk dia dan suami dia selamat pengantin baru NANY dan BANY moga berkekalan hingga akhir hayat dan berbahagia selalu...


emmm tanggal 2hbln 2 ari tu pembantu aku puan hanah dapat bertukar ke Mahkamah Syariah Perlis tahniah aku ucapkan sebabnya setelah berhempas pulas untuk berpindah supaya dekat dengan suami maka tercapai gak maybe rezeki baby...

aku juga dah dapat pembantu BARU tapi dia baru di lantik so banyak lagi la aku kena ajar dia....kepada klien aku sabar noh kalau kes lambat....

ok 2 hbln 2 juga aku dapat bos baru pn radin setakat la ni ok tak ada apa-apa masalah, dia sama juga dengan cik yusman baik dan memahami...

itu sahaja aku nak taip pagi ni....

moga semua kengkawan sihat dan berbahagia...